Laman Web OSS kini telah dibangunkan. Laman web ini dibangunkan dengan menggunakan CMS Joomla 1.0. Ia dibangunkan dengan kandungan yang kosong dan setiap ahli OSS di alu-alukan agar mengisi kandungan web ini dengan apa sahaja pendapat, idea, komen atau perbincangan mengenai OSS. Read the rest of this entry »
Kenali Jalur Gemilang
October 27, 2008Surat Hamzah ketika menghantar rekaan bendera Malaysia.
JALUR GEMILANG yang dilihat sekarang sebenarnya wujud beberapa tahun sebelum negara merdeka. Sejarah sepintas lalu, merekodkan Bendera Persekutuan Tanah Melayu diilhamkan menerusi satu pertandingan mereka cipta bendera peringkat kebangsaan. Pertandingan dikelolakan Jawatankuasa Khas dan dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara ketika itu, Sir Alec Newboult dianjurkan bagi mencari lambang kewujudan kerajaan Persekutuan.
Pada 15 November 1949, Jawatankuasa ini mengemukakan 373 reka bentuk bendera kepada Majlis Perundangan Persekutuan untuk pertimbangan dan pemilihan. Daripada jumlah itu, tiga rekaan disenarai pendekkan membabitkan lambang keris bersilang dikelilingi 11 bintang pecah lima manakala rekaan kedua mempertaruhkan reka bentuk hampir serupa kecuali 11 bintang pecah lima membentuk dua bulatan mengelilingi keris bersilang.
Bagaimanapun, rekaan ketiga ciptaan arkitek Jabatan Kerja Raya Johor, Mohamed Hamzah yang menampilkan sebelas jalur biru-putih dengan bulan bintang berwarna putih di bahagian tepi kiri mendapat pilihan majoriti dan perkenan Mesyuarat Majlis Raja-raja yang berlangsung pada 22 dan 23 Februari 1950.
Sebelum kekal dengan rekaan sekarang, beberapa pindaan dibuat termasuk mengikut cadangan Sultan Kedah yang meminta warna putih bulan sabit ditukar kuning bagi mewakili warna Diraja.
Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan menerusi perkenan Majlis Raja-raja Melayu meluluskan usul yang dibentangkan Pemangku Ketua Setiausaha Negara mengenai Bendera Persekutuan Tanah Melayu.
Pada 26 Mei tahun yang sama, bendera itu dikibarkan buat pertama kalinya di Istana Sultan Selangor, Kuala Lumpur. Majlis pengibaran yang berlangsung pada 9.30 pagi itu dihadiri wakil Sultan seluruh tanah Melayu.
Selama 47 tahun digelar Bendera Malaysia, pada kemerdekaan ke-40 pada 1997, namanya ditukar kepada Jalur Gemilang. Nama diusulkan pegawai dari Jabatan Muzium Negara dan Antikuiti, Redzuan Tamin dalam satu peraduan membabitkan pihak tertentu ini berjaya menewaskan 28 cadangan antaranya, Malaysia Raya, N.U.S.A, Mega Sakti, Saga Merah dan sebagainya.
Jalur Gemilang dalam catatan sejarah
1. Pada 1999, Azhar Mansur, rakyat Malaysia pertama mengelilingi dunia secara solo membawa Jalur Gemilang merentasi Cape Leeuwin di Australia, South Cape di New Zealand, Cape Horn di Amerika Selatan, Kepulauan Fernando de Noronha di Lautan Atlantik dan Cape of Good Hope di Afrika Selatan.
Mohamed Hamzah
2. Pada 23 Mei 1997, dua pendaki Projek Malaysia-Everest 97, M Magendran dan N Mohandas berjaya memacakkan bendera di puncak Everest setinggi 8,848 meter diseliputi salji selepas kira-kira dua bulan mendaki.
3. Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, membawa bendera Malaysia ketika berada di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) selama 11 hari mulai 10 Oktober 2007.
4. Pemain badminton negara, Lee Chong Wei berjaya memenangi pingat perak pada temasya Olimpik Beijing 2008. Beliau sebelum ini pernah memenangi emas pada Sukan Komanwel 2006.
Fakta Jalur Gemilang
- Lambang Jalur pada bendera menggambarkan satu laluan lurus, hala tuju dan arah yang sama dianuti rakyat negara ini.
- Gemilang bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Jalur Gemilang melambangkan kecemerlangan negara dan rakyat Malaysia dalam mengharungi suasana kehidupan dengan penuh gigih, taat dan bersatu padu bagi menjaga nama dan menaikkan imej negara.
- Warna merah pada jalur melambangkan kesanggupan, keberanian, kegagahan dan kegigihan rakyat menghadapi segala cabaran. Warna putih melambangkan keluhuran dan keikhlasan, biru melambangkan perpaduan hidup yang rukun dan damai manakala warna kuning melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan negara.
Sambutan Aidilfitri Meriah
October 22, 2008Sebahagian Ahli PERAQ di sambutan aidilfitiri 2008
Pada 4 Oktober 2008. Persatuan Rakan Alumni Lughatul Quran yang terdiri daripada bekas-bekas pelajar SMA lughatul Quran 2004 telah mengadakan Sambutan Aidilfitri 2008 di Parit Sulong Muar Johor. Ini merupakan aktiviti tahunan yang dianjurkan persatuan dalam mengeratkan lagi hubungan antara ahli disamping dapat berkenalan dan juga bertukar pendapat serta berkongsi pengalaman masing-masing.
Aktiviti ini diadakan sepanjang tahun atas inisiatif ahli persatuan ini dalam menggalakkan lagi semua pelajar SMA Lughatul Quran dalam menyertai persatuan ini.Selain itu, sambutan kali ini bukan sekadar sambutan aidilfitri tetapi merupakan sambutan untuk meraikan bekas-bekas pelajar yang menuntut di Mesir pulang ke Malaysia dan menyambut Aidilfitri bersama rakan-rakan yang lain.
Antara Juadah yang disediakan
Diharapkan sambutan sebegini akan menjadikan satu platform dalam mengeratkan lagi hubungan sesama manusia dan juga sebagai memperkenalkan lagi SMA Lughatul Quran kepada masyarakat luar.Terima kasih diatas sokongan yang diberikan terutama kepada semua ahli persatuan dalam menjayakan program tersebut.Semoga program ini akan diteruskan pada masa akan datang dengan jumlah ahli yang ramai.
Rakan Seperjuangan Persatuan Rakan Alumni Lughatul Quran 04
Pelajar Anjurkan Seminar
October 22, 2008Antara AJK Seminar Pendidikan Akidah 2008
Pelajar kursus GGGP 1013 akan mengadakan Seminar Pendidikan Akidah 2008 bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia pada 24-26 Oktober 2008.Program ini dianjurkan oleh pelajar kursus GGGP 1013 Pendidikan Akidah dengan Kerjasama Institut Latihan Islam Malaysia.
Seminar ini merupakan sebahagian daripada keperluan kursus GGGP 1013 Pendidikan Akidah bagi pelajar-pelajar program Sarjana Muda Pendidikan Islam dan Pendidikan Al-Quran (PIPAQ). Seminar ini dirancang sebagai wadah para mahasiswa membentang tugasan kumpulan yang berbentuk kertas projek. Di mana kertas projek dan pembentangan ini mempunyai pemberat markah sebanyak 30% daripada penilaian keseluruhan. Selain itu ia bertujuan untuk mendedahkan mahasiswa terhadap dapatan projek kumpulan-kumpulan lain, begitu juga suasana perbincangan akademik yang sihat serta menyemai sifat-sifat kepimpinan, kerjasama, tanggungjawab dan amanah dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.
Tema Seminar Pendidikan Akidah 2008
“ PENDIDIKAN AKIDAH ASAS KECEMERLANGAN UMMAH “
Al-Fatihah
October 21, 2008Assalamualaikum kepada kawan-kawan bekas pelajar S.M.A Arab JAIM Selandar Batch 1999 Generasi Ke-2. Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada seorang sahabat seperjuangan kita iaitu Muhamad Bin Alias yang telah kembali ke rahmatullah pada 21 Oktober 2008 (Selasa) pada jam 11.30 pagi akibat kemalangan Jalan raya di Melaka. Semoga ruh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.Amin…
Karnival Kerjaya Kebangsaan 2008
October 21, 2008
UKM anjur Karnival Kerjaya Kebangsaan 2008
Tahun ini, Universiti Kebangsaan Malaysia Malaysia (UKM) menjadi penganjur bagi Karnival Kerjaya Kebangsaan 2008 yang akan berlangsung pada 17-19 Oktober 2008 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) dan Dewan Gemilang.
Karnival pada tahun ini menyediakan pelbagai aktiviti kepada mereka yang mencari peluang pekerjaan. Antara aktiviti untuk karnival tiga hari ini adalah pameran kerjaya oleh syarikat-syarikat terkemuka negara, temuduga terbuka dan temuduga berjadual dengan syarikat berdaftar, bengkel keusahawanan, ceramah dan seminar kerjaya, ceramah motivasi oleh badan korporat dan kerajaan terkemuka, analisis psikometrik, inventori EQ serta peluang melanjutkan pengajian dari pelbagai kolej dan universiti awam dan swasta. Terdapat lebih 8000 peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh lebih 100 syarikat.
Antara syarikat yang berdaftar sebagai peserta yang juga merangkap penaja karnival adalah Sime, Shell, CIMB, Huawei, Masterskill, SME Bank, MCIS Zurich, Astro, Perfisio, Roots Asia Pacific, KTM dan Bix Connexion. Syarikat-syarikat lain yang telah berdaftar adalah Petronas, ExxonMobil, Intel, Dell, IBM, Scope International, Bank Negara, Bank Rakyat, Scomi, MISC, Skali, AXA, Khazanah Nasional, HSBC serta pelbagai MNC dan GLC lain. Turut menyertai karnival ini adalah Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), MERCY dan pelbagai universiti awam dan swasta.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, karnival tahun ini adalah hasil inisiatif dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk menyediakan maklumat dan peluang kerjaya kepada para pelajar serta masyarakat awam. Karnival ini berfungsi sebagai medium untuk mendapatkan informasi tentang set kemahiran yang diperlukan dalam pasaran kerjaya. Seminar kerjaya yang dianjurkan memberi penekanan kepada isu-isu seperti kemahiran berkomunikasi, penyediaan resume, kemahiran temuduga serta pelbagai isu lain yang penting. Seminar-seminar diadakan bertujuan meningkatkan peluang pasaran kerjaya di Malaysia. Bengkel keusahawanan oleh SME Bank dan Johor Corporation adalah terbuka kepada pelajar dan orang awam yang ingin membina perniagaan sendiri. Ceramah motivasi pula memberi ruang kepada para penceramah jemputan yang terdiri daripada tokoh-tokoh sektor awam dan korporat untuk berkongsi pengalaman peribadi mereka bagi memberi inspirasi dan motivasi kepada audien.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ukm.my/ncc2008.



Minyak turun lagi..
October 15, 2008Adakah masyarakat sedar tentang ini ?
MASIH ramai pengguna yang tidak menyedari bahawa petrol RON97 dan RON92 yang dibeli mereka sebenarnya menerima subsidi kerajaan kira-kira 30 sen masing-masing selain diesel yang turut diberi subsidi. Pada masa ini, pengguna membayar RM2.45 seliter untuk petrol RON97 dan RM2.30 seliter untuk RON92 manakala diesel RM2.40 seliter. Sebagai contoh, bagi setiap 8 liter petrol RON97 yang dibeli pada harga RM19.60, mereka sebenarnya hanya membayar untuk 7 liter kerana bakinya disubsidi oleh kerajaan. Atas dasar kebertanggungjawaban, kerajaan sudah dua kali menurunkan harga petrol dengan pelarasan terbaru pada 24 Sept lepas setelah harga pasaran minyak dunia berkurangan kepada RM109 setong. Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk menurunkan lagi harga petrol jika harga pasaran bahan itu terus menyusut. Kelihatan seorang pengguna melihat jumlah yang perlu dibayarnya bagi 8 liter petrol RON97. – Foto Bernama

Posted by muhdarif 













