Nak tau ape rahsia kismis?

November 19, 2008

ke_031MASIH ingatkah anda dengan pesan orang tua-tua atau ibu tentang makanan yang harus diambil jika ingin pintar dalam pelajaran? Tentulah kismis. Menjelang peperiksaan inilah satu-satunya diet yang kerap diberikan ibu.

Adakah dakwaan kismis dan kaitan ketajaman minda benar atau ia sekadar mitos? Ini kerana jarang sekali ibu bapa atau orang tua dapat memberikan penjelasan lanjut kenapa kismis baik untuk minda.

ke_032

Malah keduanya, adakah kebaikan kismis hanya sekadar menyumbang kepada manfaat minda semata-mata?

Kismis atau dipanggil raisin dalam bahasa Inggeris atau zabib dalam bahasa Arab, disabdakan Rasulullah, Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan, menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih.”

ke_033

Apakah sebenarnya rahsia kismis sehingga ia mendapat tempat sejak ratusan tahun dulu?

Kismis sebenarnya berasal daripada buah anggur yang menjalani proses penyahidratan sama ada menggunakan matahari atau menggunakan ketuhar. Terdapat beberapa jenis kismis yang popular seperti sultana, malaga, monukka dan muscat.

Read the rest of this entry »


Selesai Exam

November 19, 2008

exam

Habis Sudah exam…lega….

Alhamdulillah..lama dah tinggalkan blog ni..kini dah kembali semula dalam blog..selesai sudah final exam semester ni..apa yang diharapkan dari exam kali ini adalah keputusan yang membanggakan dari semester lepas.Kepada pensyarah-pensyarah yang mengajar saya semester ini saya nak ucapkan terima kasih dan saya doakan semua pensyarah yang mengajar saya semester ni mendapat keberkatan dari ALLAH..amin…

Kepada kawan-kawan sekalian yang sudah tamat exam..selamat pulang ke kampung masing-masing…jaga diri dan kesihatan..selamat bercuti dan Selamat pulang kembali utk semester depan dengan azam baru..Insyaallah…

Selamat Bercuti kepada semua Mahasiswa dan Mahasiswi seluruh Malaysia…


قناة العفاسي(أحق الناس بحسن الصحبة)AlafasyTV

November 16, 2008

more about “قناة العفاسي(أحق الناس بحسن الصحبة)Al…“, posted with vodpod


Siswazah ternak landak

November 15, 2008

ag_011

Menternak landak? Biar betul? Mungkin itu adalah respons yang akan diberikan oleh orang ramai sambil mengerut dahi jika kita memberitahu mereka yang kita telah melibatkan diri dalam ternakan landak.

Ketika ramai yang memilih menternak haiwan yang menjadi makanan pilihan orang atau sajian harian seperti ayam, lembu atau kambing, menjadikan landak sebagai komoditi ternakan, sememangnya mengundang persoalan.

Apatah lagi, landak merupakan haiwan eksotik dan dilindungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan adakah menternaknya juga merupakan satu kesalahan?

Sebenarnya, walaupun landak bukan merupakan makanan popular tetapi harga makanan berasaskan haiwan itu seperti sup dan daging segarnya agak mahal.

Dilaporkan bahawa semangkuk sup daging landak mampu mencecah RM10 dan pasaran daging segarnya mencecah RM60 sekilogram.

Pernah seseorang memberitahu yang daging landak manis dan lembut, kadangkala rasanya seperti daging arnab.

Namun, itu pendapat mereka yang pernah menikmati daging landak tetapi bagi yang cerewet kepada makanan, barangkali tanggapan daging landak sedap sukar dipercayai.

Masalah lain ialah berkaitan satu mitos yang mengatakan bahawa duri landak akan dilepaskan ke arah mana-mana objek yang mengancamnya sedangkan tidak ada bukti ia benar-benar pernah berlaku.

Ia hanya mengembangkan durinya yang dikatakan berjumlah 30,000 pada setiap ekor apabila terancam dengan menadah bahagian belakang apabila diancam.

Selain itu, dengan mengetahui bahawa landak atau nama saintifiknya Hystrix bracyura adalah haiwan yang tergolong dalam keluarga tikus, mungkin ramai yang tidak sanggup mendekati haiwan ini apatah lagi menternaknya.

Read the rest of this entry »


Pengurusan Bilik Darjah Untuk Pengajaran Berkesan

November 13, 2008

pengurusan-1Pengurusan bilik darjah hendaklah sistematik

BILIK darjah adalah medan perjuangan utama kepada kerjaya guru. Di sini, warga pendidikan menunjukkan kebolehan dan keupayaan melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran.

Oleh itu, bilik darjah yang terurus dengan baik, selesa, ceria dan menarik menjadi idaman guru kerana ia membolehkan pelajar mengikuti pengajaran dengan mudah dan berkesan. Guru biasanya, berhadapan dengan tiga cabaran ketika berada di bilik darjah iaitu menangani karenah sejumlah pelajar yang ramai bilangannya, memastikan matlamat pengajarannya tercapai selain hambatan masa yang terhad.

Selain itu, guru juga perlu sentiasa menyesuaikan bentuk pengajarannya dengan pelajar yang berbeza minat dan tahap kebolehan mereka. Mereka tidak boleh terlalu banyak memberi tumpuan kepada pelajar yang lemah dan sederhana saja sehingga mengabaikan pelajar yang cerdas.

Begitu juga sebaliknya, tidak seharusnya hanya menumpukan kepada pelajar yang cerdas sehingga pelajar lain terabai.

Guru perlu bersedia untuk berhadapan dengan pelbagai kemungkinan yang akan berlaku di luar dugaan seperti kerosakan alat bantu mengajar, gangguan bekalan elektrik atau cuaca yang tidak menentu.

Nota Jutawan: Nota Motivasi

November 13, 2008

more about “Nota Jutawan: Nota Motivasi“, posted with vodpod


Motivasi Dr Fadzilah Kamsah – Keseronokan Bekerja Bhg 1

November 13, 2008

more about “Motivasi Dr Fadzilah Kamsah – Keseron…“, posted with vodpod


Obama Presiden Amerika Baru

November 6, 2008

mainpix

OBAMA melambai ke arah penyokong ketika berucap meraikan kemenangan sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-44.

CHICAGO: Seluruh dunia menyambut kemenangan besar Barack Hussein Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat yang memberi harapan menyaksikan perubahan dalam sikap Amerika terhadap menangani masalah keselamatan dan ekonomi sejagat.

Obama, 47, dari parti Demokrat yang muncul Presiden kulit hitam pertama AS apabila menewaskan lawannya dari Republikan, John McCain, turut mengetuai parti Demokrat memperluaskan penguasaan di kedua-dua Dewan Kongres.

Read the rest of this entry »


Exam Bermula…

November 2, 2008

Tik Tok…Tik Tok…

Esok bermula lah peperiksaan Akhir semester 1 sesi 2008/2009 kepada rakan-rakan dari Fakulti Pendidikan Program Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam) selamat meghadapi peperiksaan.

Minggu ini Insyallah bermulalah peperiksaan saya di UKM. Bermula dari 3 November sehingga 19 November merangkumi 7 kertas. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan mendapat keputusan yang cemerlang.

03/11/2008 – Teknologi Pendidikan

06/11/2008 – Akhlak dan Tasawuf

10/11/2008 – Hubungan Etnik

12/11/2008 – Komputer Dalam Pendidikan

14/11/2008 – Pendidikan Akidah

17/11/2008 – Fiqh Muamalat dan Jinayat

19/11/2008 – Profesion Perguruan


Peperiksaan Akhir Semester 2008/2009

November 1, 2008

Kepada Semua Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia

Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester 1 2008/2009

Semoga Berjaya Dalam Peperiksaan


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.