Selamat Pengantin Baru

January 2, 2009

cik-ain

SELAMAT PENGANTIN BARU saya ucapkan kepada bapa saudara saya Nur Azlin dan pasangannya yang diijabkabulkan pada 30 November 2008 yang diadakan di Kg.Sialang , Tangkak Johor Darul Takzim.Selamat sudah kedua-dua mempelai diijabkabulkan.Saya doakan semoga dipanjangkan umur dan dipermudahkan urusan suami isteri hingga akhir hayat.amin.

pb300080Segak Raja Sehari duduk diatas pelamin

pb300044Hantaran Perkahwinan

pb300024Pasukan Ghazal Jemputan turut hadir bagi memeriahkan majlis sebagai adat Negeri Johor

pb300114Ahli keluarga Pengantin Lelaki


Biasiswa Perguruan Persekutuan

January 2, 2009

PERMOHONAN ONLINE

BIASISWA PERGURUAN PERSEKUTUAN

PROGRAM IJAZAH PERTAMA

DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

banner04

Sila Klik di Banner Diatas

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mempelawa calon – calon Ijazah Pertama di Institusi Pengajian Tinggi Awam ambilan November/Disember 2007 dan ambilan Julai 2008 untuk mendapatkan tawaran Biasiswa Perguruan Pesekutuan di bawah KPM.

Calon mestilah Warganegara Malaysia.
2. Umur calon tidak melebihi 25 tahun pada 1 Julai 2009.
3. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan tidak layak memohon.
4. Pengajian SEPENUH MASA ambilan November/Disember 2007 dan ambilan Julai 2008 Program Ijazah Pertama di Institusi Pengajian Tinggi Awam.
5. Tawaran biasiswa ini dibuka kepada pelajar Fakulti Pendidikan dan pelajar Fakulti Sains yang menawarkan bidang Kimia, Fizik, Biologi dan Matematik. Pelajar Fakulti Sains perlu mengikuti Pengajian Diploma Pendidikan setelah tamat Ijazah Pertama.
6. Calon perlu mendapat sekurang – kurangnya PNGK 2.75 bagi keputusan peperiksaan Semester 1 / Semester 2 Tahun Pertama di IPTA. untuk memohon.
7. Calon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk menduduki Ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK). Calon yang lulus INSAK akan dipanggil untuk ditemuduga.
8. Calon yang berjaya ditawarkan biasiswa KPM perlu melepaskan tajaan sedia ada.


Selamat Datang Tahun Baru 1430 H dan 2009

January 1, 2009

3134618912_2a15e91f12

Selamat Tahun Baru 1430 Hijrah dan 2009…Apa yang diharapkan dari tahun baru ini adalah perubahan yang lebih baik dari tahun sebelumnya..mempunyai keazaman yang kuat dan berusaha dalam memartabatkan ilmu pengetahuan disamping amalan kebaikan yang berterusan…insyaallah…


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.