July 31, 2008

Layarilah Laman Alumni Persatuan Rakan Alumni Lughatul Quran:

http://peraq.blogspot.com

http://putraaiman08.blogspot.com



BLOGSTARZ.MY ‘BLOG PENJANA PENDAPATAN AKTIF’

February 1, 2009

header4-logo

Memperkenalkan satu program penjanaan pendapatan menggunakan blog yang terhangat di pasaran buat masa ini iaitu Blogstarz.my, dimana anda akan memperolehi pendapatan sampingan dengan hanya menjadi blogger di blogstarz. Hanya bermodalkan dengan minima RM99, anda akan layak untuk menjadi Blogger di Blogstarz.my yang aktif.

Blog adalah satu laman yang amat berfaedah sebagai satu tempat untuk meluahkan rasa hati dan juga menceritakan pengalaman anda terus kepada orang ramai yang melayari blog anda. tetapi sekarang Blogstarz telah merubah konsep blog ini menjadi satu tempat dan platfom untuk anda membina kerjaya dan menjana pendapatan secara aktif sambil berkenalan dengan ramai kenalan dari seluruh dunia.

Ianya juga boleh dikatakan sebagai tempat untuk anda mendapat bahan rujukan dalam pelbagai bidang seperti tips-tips perniagaan, membina website, online marketing, forex, keusahawanan dan pelbagai lagi. Boleh dikatakan ramai Blogger di Blogstarz telah meletakkan pelabagai artikel yang cukup menarik dan artikel-artikel ini bertambah setiap hari mengikut kemasukan blogger yang telah mencecah 3000 lebih orang yang telah menyertai blogstarz.my. Tugas anda hanya mempromosikan blog anda dan boleh juga menjadi sebagai reseller untuk cuba mengembangkan lagi perniagaan anda untuk memperolehi pendapatan sampingan setiap hari.

Ini adalah satu-satunya Blog yang di bina di Malaysia dan memang keunikannya tiada lagi tandingan malah telah bersaing rapat dengan Blogger.com, Blogspot.com, WordPress, Friendfinder.com dan lain-lain blog terkemuka dunia. Keunikan program Blogstarz ini adalah dengan menggunakan 5 jenis cara pendapatan  boleh dibuat dan cuma anda perlu mencari kumpulan yang betul bagi anda mempelajari konsep baru ini dan kami adalah kumpulan Utara yang terbesar setakat ini.

Blogstarz adalah dinaungi oleh Syarikat Tagermedia Sdn Bhd yang berpengkalan di Kuala Lumpur dan mempunyai modal berbayar sebanyak RM5,000,000. En Karl Iskandar sebagai Founder dan juga Ramdhan Ismail sebagai Co-Founder adalah orang yang memang berpengalaman selama 12 tahun dalam perniagaan internet. Tiada sebab yang mengatakan syarikat ini tidak kukuh atau mempunyai risiko yang tinggi bagi kita menjana pendapatan di Blogstarz.my. Anda juga bebas untuk mengembangkan perniagaan anda menggunakan platfom blogstarz.my ini.

SIAPA YANG LAYAK SERTAI PROGRAM INI:

1. Semua warga Malaysia.
2. Penganggur.
3. Pelajar Sekolah.
4. Usahawan-usahawan kecil yang memerlukan modal bagi memulakan perniagaan.
5. Pekerja berpendatan rendah.
6. Ingin Extra Income.
7. Penat Makan Gaji
8. Suri rumah tangga.
9. Diberhentikan kerja..? VSS/MSS!!
10. Mencari Perniagaan untuk ‘Early Retirement’
11. Siswazah menganggur
12. Siswa/Siswi di IPTA yang ingin menambah pendapatan (Memerlukan banyak duit untuk perbelanjaan harian/yuran semester).

APA BAGUSNYA PERNIAGAAN INI UNTUK ANDA…

1. Anda dapat membantu keluarga/rakan-rakan tuan-tuan dengan pendapatan lumayan.
2.
Mungkin kita semua juga berhasrat untuk bersara lebih awal.
3. Dapat melangsaikan segala hutang piutang yang ada (Kereta, Credit card, Rumah dll).
4.
Mungkin kita semua juga sudah bosan dengan makan gaji dan inginkan pendapatan yg lebih besar!
5. Mungkin kita semua juga boleh gunakan pendapatan dalam Blogstarz ini untuk pergi bercuti dan melancong ke semua tempat impian.
6.
Mungkin kita semua ada menyimpan hasrat untuk menghantar ibu/bapa pergi membuat umrah dan haji (bagi yg muslim) atau membeli kereta untuk ibu/bapa kita.
7. Mungkin kita semua berhasrat untuk menukarkan kereta lama ke kereta baru atau membeli baglo baru.
8.
Mungkin inilah peluang untuk meninggalkan sedikit bekalan kepada anak isteri kita semua sekiranya ajal sudah sampai
* Tinggalkanlah keluarga kita semua dalam keadaan selesa, bukan dalam keadaan meminta-minta…

“Orang kaya terus bertindak, sebaik sahaja melihat peluang sedangkan orang miskin masih berfikir dan terus berfikir tanpa sebarang tindakan. Sikap seperti ini perlu diubah untuk mencapai kejayaan dalam hidupnya. Kebanyakan mereka tidak percaya pada diri sendiri dan sering meletakan diri mereka berada di ZON SELESA”

Jangan tunggu lagi, kami adalah kumpulan Blogstarz.my yang besar di utara malah kami juga menyusun jaringan kami secara automatik mengikut siapa yang lebih cepat mendaftar dialah akan berada di atas jaringan kami. Anda semua tak perlu risau, kami akan membimbing anda dari mula hingga akhir dan boleh dikatakan setiap hari kami membuat sesi latihan membuat blog dan juga menjana pendapatan menggunakan blog secara percuma kepada semua jaringan kumpulan kami. Anda tak percaya! Sila hubungi kami sekarang di 013-6287460 atau 017-3739407 (En Muhamad Arif Zaripin) untuk keterangan lanjut.

Read the rest of this entry »


Selamat Pengantin Baru

January 2, 2009

cik-ain

SELAMAT PENGANTIN BARU saya ucapkan kepada bapa saudara saya Nur Azlin dan pasangannya yang diijabkabulkan pada 30 November 2008 yang diadakan di Kg.Sialang , Tangkak Johor Darul Takzim.Selamat sudah kedua-dua mempelai diijabkabulkan.Saya doakan semoga dipanjangkan umur dan dipermudahkan urusan suami isteri hingga akhir hayat.amin.

pb300080Segak Raja Sehari duduk diatas pelamin

pb300044Hantaran Perkahwinan

pb300024Pasukan Ghazal Jemputan turut hadir bagi memeriahkan majlis sebagai adat Negeri Johor

pb300114Ahli keluarga Pengantin Lelaki


Biasiswa Perguruan Persekutuan

January 2, 2009

PERMOHONAN ONLINE

BIASISWA PERGURUAN PERSEKUTUAN

PROGRAM IJAZAH PERTAMA

DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

banner04

Sila Klik di Banner Diatas

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mempelawa calon – calon Ijazah Pertama di Institusi Pengajian Tinggi Awam ambilan November/Disember 2007 dan ambilan Julai 2008 untuk mendapatkan tawaran Biasiswa Perguruan Pesekutuan di bawah KPM.

Calon mestilah Warganegara Malaysia.
2. Umur calon tidak melebihi 25 tahun pada 1 Julai 2009.
3. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan tidak layak memohon.
4. Pengajian SEPENUH MASA ambilan November/Disember 2007 dan ambilan Julai 2008 Program Ijazah Pertama di Institusi Pengajian Tinggi Awam.
5. Tawaran biasiswa ini dibuka kepada pelajar Fakulti Pendidikan dan pelajar Fakulti Sains yang menawarkan bidang Kimia, Fizik, Biologi dan Matematik. Pelajar Fakulti Sains perlu mengikuti Pengajian Diploma Pendidikan setelah tamat Ijazah Pertama.
6. Calon perlu mendapat sekurang – kurangnya PNGK 2.75 bagi keputusan peperiksaan Semester 1 / Semester 2 Tahun Pertama di IPTA. untuk memohon.
7. Calon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk menduduki Ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK). Calon yang lulus INSAK akan dipanggil untuk ditemuduga.
8. Calon yang berjaya ditawarkan biasiswa KPM perlu melepaskan tajaan sedia ada.


Selamat Datang Tahun Baru 1430 H dan 2009

January 1, 2009

3134618912_2a15e91f12

Selamat Tahun Baru 1430 Hijrah dan 2009…Apa yang diharapkan dari tahun baru ini adalah perubahan yang lebih baik dari tahun sebelumnya..mempunyai keazaman yang kuat dan berusaha dalam memartabatkan ilmu pengetahuan disamping amalan kebaikan yang berterusan…insyaallah…


Guru SABK diserap dalam perkhidmatan kerajaan

December 29, 2008

guru

KUALA LUMPUR: Guru yang bertugas di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) sudah diperuntukkan jawatan secara hakiki sekaligus diserap ke dalam perkhidmatan kerajaan, kata Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau berkata sekolah yang berdaftar sebagai SABK pula berpeluang menerima guru Kementerian Pelajaran yang terlatih sekiranya guru sedia ada tidak mencukupi.

“Guru-guru ini juga akan diberi gaji yang bersesuaian dengan kelayakan mereka, diberi peluang kenaikan pangkat, berpeluang menikmati segala kemudahan sebagai penjawat awam, serta berpeluang untuk mengikuti kursus di dalam dan di luar negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hishammuddin berkata tumpuan kepada soal perjawatan dan latihan guru itu merupakan sebahagian langkah bagi merealisasikan program pendaftaran SABK yang diperkenalkan pada 2005 untuk meningkatkan kualiti pendidikan di Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) di bawah Kementerian Pelajaran dari pelbagai aspek termasuk proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Katanya murid di SABK pula berpeluang mendapat pelbagai bantuan seperti biasiswa, makanan serta buku teks selain bersaing dengan murid di sekolah aliran perdana dalam sebarang aktiviti Kementerian Pelajaran sama ada yang berbentuk kurikulum atau kokurikulum, dan jika berkelayakan, akan diberi peluang mewakili negara di peringkat antarabangsa.

“Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melihat pendidikan berteraskan Islam terus dimantapkan dan diperkasa di negara ini, kementerian akan terus berusaha gigih bagi memastikan SABK dapat berkembang menjadi institusi sekolah yang cemerlang dan mampu memberi pendidikan agama yang sempurna kepada generasi muda negara,” katanya.

Hishammuddin berkata sehingga hari ini, jumlah SAR dan SAN yang berdaftar sebagai SABK ialah 154 manakala 101 sekolah agama lagi masih di peringkat perbincangan untuk menandatangani Memorandum Persefahaman.

Beliau berkata pada 23 Disember lalu, Kementerian Pelajaran telah dimaklumkan mengenai hasrat Jabatan Agama Islam Johor untuk mendaftar sejumlah 27 sekolah agama sebagai SABK iaitu 15 SAR, 3 SAN, satu Maahad Johor dan lapan Sekolah Rendah Arab Bersepadu.

Katanya lagi, Kementerian Pelajaran juga akan bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan SABK menerima manfaat penuh dengan peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta.

Jumlah itu merupakan sebahagian daripada RM200 juta yang diperuntukkan kerajaan untuk memantapkan Sekolah Bantuan Kerajaan daripada peruntukan keseluruhan pakej ransangan ekonomi berjumlah RM7 bilion yang diumumkan pada 4 November lalu. – Bernama


Sukan Universiti Asean 2008

December 18, 2008

Selamat Berjuang Kepada Semua Atlet

logo

Selamat Berjaya dan cemerlang kepada semua atlet mahasiswa negara dalam mejayakan Sukan Universiti Asean 2008 yang diadakan di Malaysia dan UKM sebagai tuan rumah dipilih untuk mengendalikan program yang berprestij ini.Apa yang diharapkan dari semua atlet negara dapat menunjukkan kejayaan yang cemerlang dalam bidang sukan dan seterusnya kepada negara.Semoga Berjaya Kepada semua atlet negara.

Majulah Sukan Untuk Negara…


Guru harus bincang martabatkan profesion

December 18, 2008

mainpix1

GOLONGAN pendidik disaran sering bertemu untuk berbincang mengenai usaha memartabatkan profesion diceburi, sekali gus melahirkan pelajar cemerlang yang bakal menjadi penggerak negara pada masa depan, kata Timbalan Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi) Kementerian Pelajaran, Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim.

Katanya, dalam perkembangan mutakhir pendidikan negara, semua pihak perlu mengambil bahagian secara bijaksana untuk berhadapan dengan berbagai cabaran masa kini.

“Kita perlu melahirkan guru negara dan bukannya guru di sekolah dalam sistem pendidikan di negara ini,” katanya pada majlis perasmian Seminar Kebangsaan Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Guru 2008 di Langkawi, baru-baru ini.

Noor Rezan berkata, kepekaan golongan pendidik dalam meningkatkan profesionalisme, inovasi kurikulum dan kemudahan prasarana pendidikan sentiasa diberi keutamaan.

“Ia merangkumi persekitaran kerja, kebajikan guru dan penambahbaikan perkhidmatan,” katanya.

Sebanyak 102 kertas kerja dibentang pada seminar empat hari yang disertai 140 peserta dari seluruh negara.

Antara pembentang termasuk Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris Prof Datuk Dr Aminah Ayob dengan tajuk Masa Depan Pendidikan Guru, dan Pengarah Multimedia Development Corporation, Dr Norrizan Razali (Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan)

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Seminar, Dr Ruzlan Md Ali, berkata seminar itu diharap menjadi landasan guru sekolah rendah, menengah atau institusi pengajian tinggi awam berkumpul untuk memartabatkan profesion perguruan.