Teknologi untuk produktiviti

BAGI menyahut cabaran dunia teknologi yang semakin berkembang, NEC Computers Asia Pacific Sdn. Bhd. (NEC) telah melancarkan dua siri terbaru komputer ribanya, NEC Versa S5600 dan S3500.

Dengan menyasarkan pengguna dari golongan peniaga dan profesional, kedua-dua model tersebut dilengkapi dengan pemproses berteknologi terkini, Intel Centrino 2 untuk memberi kuasa pengkomputeran yang lebih baik.

NEC Versa S5600 dan S3500 merupakan pilihan yang tepat kerana mempunyai kelebihan menyelesaikan tugas yang banyak dalam satu-satu masa.

‘‘Selain itu, melaluinya juga, pengguna akan dapat terus berkomunikasi tanpa sebarang gangguan dan ini secara tidak langsung akan meningkatkan lagi produktiviti ketika bekerja,’’ katanya ketika pelancaran produk tersebut di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dilengkapi spesifikasi pengkomputeran yang optimum, NEC Versa S5600 sesuai untuk kegunaan golongan profesional.

Ia ditampilkan dengan warna Enji-Designer Red yang digabungkan bersama rekaan menarik menjadikan komputer riba tersebut tampak lebih kukuh dan bergaya.

Melaluinya juga, pengguna akan dapat menikmati pengalaman paparan visual berdefinisi tinggi 12.1 inci.

Ini kerana ia dilengkapi dengan cip set Mobile Intel Graphics Media Accelerator 4500MHD dan juga output video HDMI.

Selain itu, ia turut didatangkan dengan sambungan mobiliti tanpa wayar, kamera web 2.0 megapiksel dan sambungan Bluetooth.

Menariknya, NEC Versa S5600 ini ditawarkan dengan ciri pemulihan pintar pantas yang berfungsi untuk menyokong kandungan maklumat jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Bagi model NEC Versa S3500 pula, ia ditawarkan dengan paparan skrin seluas 13.1 inci dan didatangkan dengan warna Cool Dark Silver. (perak gelap)

Dari segi prestasinya, model ini dilengkapi dengan Intel Centrino 2 sebagai memberi kelebihan kuasa kepada sistem operasinya.

Di samping itu, komputer riba tersebut turut mempunyai beberapa butang capaian mudah untuk membolehkan pengguna mengakses aplikasi seperti kamera web, LAN dan Bluetooth.

Antara kelebihan lain yang diketengahkan adalah jangka hayat bateri yang lebih lama, digital audio yang dapat menyahkan bunyi bising serta aplikasi media seperti sidang video.

Kedua-dua model tersebut kini boleh didapati di semua pengedar NEC yang sah di seluruh negara.

Spesifikasi NEC Versa S3500
– Pemproses Intel Core2Duo P9500
– Cip set Intel GM45 Ekspres
– LCD WXGA 13.3 inci
– Intel Graphics Media Accelerator 4500MHD
– Kamera web 2.0 megapiksel beresolusi tinggi- HDMI video output
– Cakera keras serial ATA 320GB
– Pacuan DVD optikal berintegrasi
– Slot kad memori 4 dalam 1
– Berat 1.9 kilogram
– Warna- perak gelap

Spesifikasi NEC Versa S5600
– Pemproses Intel Core2Duo P9500
– Cip set Intel GM45 Ekspres
– LCD WXGA 12.1 inci
– Kamera web 2.0 megapiksell beresolusi tinggi
– HDMI video output
– 2 slot kad memori
– Cakera keras serial ATA 320GB
– Pacuan DVD optikal berintegrasi
– Bluetooth dan aplikasi LAN tanpa wayar
– Berat 1.9 kilogram
– Warna- Enji-Designer Red

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: