Sambutan Aidilfitri Meriah

Sebahagian Ahli PERAQ di sambutan aidilfitiri 2008

Pada 4 Oktober 2008. Persatuan Rakan Alumni Lughatul Quran yang terdiri daripada bekas-bekas pelajar SMA lughatul Quran 2004 telah mengadakan Sambutan Aidilfitri 2008 di Parit Sulong Muar Johor. Ini merupakan aktiviti tahunan yang dianjurkan persatuan dalam mengeratkan lagi hubungan antara ahli disamping dapat berkenalan dan juga bertukar pendapat serta berkongsi pengalaman masing-masing.

Aktiviti ini diadakan sepanjang tahun atas inisiatif ahli persatuan ini dalam menggalakkan lagi semua pelajar SMA Lughatul Quran dalam menyertai persatuan ini.Selain itu, sambutan kali ini bukan sekadar sambutan aidilfitri tetapi merupakan sambutan untuk meraikan bekas-bekas pelajar yang menuntut di Mesir pulang ke Malaysia dan menyambut Aidilfitri bersama rakan-rakan yang lain.

Antara Juadah yang disediakan

Diharapkan sambutan sebegini akan menjadikan satu platform dalam mengeratkan lagi hubungan sesama manusia dan juga sebagai memperkenalkan lagi SMA Lughatul Quran kepada masyarakat luar.Terima kasih diatas sokongan yang diberikan  terutama kepada semua ahli persatuan dalam menjayakan program tersebut.Semoga program ini akan diteruskan pada masa akan datang dengan jumlah ahli yang ramai.

Rakan Seperjuangan Persatuan Rakan Alumni Lughatul Quran 04

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: