Kenali Saya

KENALI MUHAMAD ARIF BIN ZARIPIN

Salam Persahabatan Kepada Semua…

MUHAMAD ARIF BIN ZARIPIN Dilahirkan di Kajang Selangor pada tanggal 16 Julai 1986.Anak pertama daripada lima orang adik beradik.

MUHAMAD ARIF BIN ZARIPIN merupakan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia.Mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian (Pendidikan Islam) selama 4 Tahun.Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Kajang, seterusnya berpindah ke Sekolah Kebangsaan Jasin Melaka kerana mengikuti ibu bapa yang berpindah tempat kerja. Pada awal Januari 1999 melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Arab (JAIM) Maahad Assyakirin. Seterusnya saya, melanjutkan pelajaran saya di Sekolah Menengah Agama Lughatul Quran Muar Johor. Pada Tahun 2005, Saya meneruskan lagi pembelajaran saya ke Sekolah Menengah Agama Tinggi Johor (Maahad Johor) di Johor Bahru.Berbekalkan Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia saya meneruskan pengajian saya dalam peringkat Ijazah Pertama di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, Negeri Sembilan dalam bidang Bahasa Arab sesi akademik 2006/2007 selama 2 tahun.Pada Disember 2007 atas minat yang mendalam bidang perguruan ini saya melanjutkan pengajian di UKM dalam bidang Pendidikan Islam selama 4 tahun pengajian.

MUHAMAD ARIF BIN ZARIPIN mempunyai bakat dalam bidang sukan dan aktif. Saya menceburi bidang sukan sejak bangku sekolah lagi.Antara sukan yang saya minati adalah seperti Sepak Takraw, Bola Sepak, Bola Tampar dan sebagainya. Semasa menuntut di USIM saya melibatkan diri dalam sukan Taekwondo dan terpilih memasuki pertandingan yang diadakan sepanjang tahun antaranya Terbuka Kelab, Terbuka UIAM, dan MASUM.Mewakili USIM dalam sukan taekwondo dalam kejohanan sukan MASUM di USM Penang. Melayakkan diri ke peringkat Suku Akhir. Semuanya ini adalah satu semangat untuk terus maju dalam bidang sukan.

” Akal yang Cergas datangnya Dari Badan yang Cerdas “

Penyerahan Bendera Kontijen USIM Oleh Naib Canselor USIM

KOR PEGAWAI SUKARELAWAN POLIS SISWA/I PDRM

Selain bergiat aktif dalam bidang sukan, saya juga terlibat secara langsung dalam aktiviti kokurikulum iaitu Kor Sukarelawan Polis Siswa/i (KOR SUKSIS).Saya adalah generasi pertama pengambilan kadet pegawai ini. Saya berminat dengan persatuan ini kerana banyak menyedarkan saya tentang disiplin terutamannya disamping mendidik diri supaya lebih baik. Banyak pengalaman yang saya dapat dengan menyertai persatuan ini antaranya Latihan berkawad dan latihan menembak.

Antara kenangan manis semasa saya terlibat dengan KOR SUKSIS ini ialah terlibat dalam perbarisan kawalan kehormatan sempena Pengishtiharan Nama USIM pada 2007. Selain itu, terlibat juga secara langsung dalam perbarisan kawalan kehormatan dengan menjadi Sarjan baris semasa Pesta Konvokesyen USIM di Kampus Induk USIM Nilai.

3 Responses to Kenali Saya

  1. iNia LuRun says:

    Salam a’laik.. Moga sukses selalu, dunia dan akhirat. Amin..

  2. kujat says:

    nice thing to know more about you…
    tp trlalu staright la…
    leh x wat jd relaxed ckit…
    hehehe

  3. Mohd Khalid says:

    bagus, menarik, rajin, kreatif….teruskan update dari masa ke semasa..
    saya akan sentiasa melawat blog ni….. sila masukkan video, lagu dan lain-lain lagi…….

    drp En Khalid

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: